6 Sebab Kenapa Wajib Ambil SimKad Unifi Mobile. Wajib okey? | Beberapa hari lepas, Unifi memperkenalkan Simkad Unifi mobile. Tertanya juga apa Simkad Unifi mobile ni?

Kalau ikutkan saya memang taknak apply dan ambil simkad Unifi mobile ni, sebab sekarang pun dah banyak simkad saya.

Tapi lepas di fikir-fikir balik, saya apply la jugak.

Dan saya sarankan yang membaca artikel ini wajib ambil Sim Kad Unifi mobile. Kenapa perlu ambil? Meh saya kongsi.

Sebab Kenapa Wajib Ambil SimKad Unifi Mobile 1

6 Sebab Kenapa Wajib Ambil SimKad Unifi Mobile

1. Hanya 1 juta simkad sahaja sehingga 31 Mac 2018 

Yep. TM Unifi peruntukkan 1 juta simkad Unifi Mobile sahaja secara percuma. Lepas habis 1 juta, abis la promosi, kena bayar RM10.. Kalau tak habis 1 juta, TM akan limit sampai 31 Mac 2018 sahaja untuk dapatkan simkad.

2. PERCUMA.

Untuk dapatkan simkad #bebas ni tak perlu bayar apa-apa. Apply free, dapat pun free.

3. FREE internet 20GB

Dah la simkad percuma, dapat pulak 20GB, tanpa expired. Siapa nak bagi weh? Ambil je la, orang dah bagi kan. Siapa nak bagi free 20GB internet.

Jadi apa salahnya, bila dapat yang free , boleh kurangkan belanja data, nak nak yang pakai data OneXox atau yang pakai kredit. Betul tak?

4. Quota 5 simkad seorang.

Korang boleh minta @ apply 5 simkad secara serentak. Tapi aku tak tahu fungsi dia. Samaada bila kita aktifkan baru dia aktif no tu, atau kena pakai serentak.

Kalau serentak, bagi aku 1 pun dah ckup. Yang 4 quota lagi bagi la kat orang lain.

5. Tak ada expired.

Simkad ni tak ada expired tapi kena pastikan setiap 90 hari kena reload, beli mana-mana add-on atau buat penggunaan berbayar.

Info - Sebab Kenapa Wajib Ambil SimKad #Bebas Unifi

6. Boleh pilih nombor cantik

TM ada banyak koleksi nombor nombor cantik. Jadi bila kita apply Simkad #bebas ni, boleh pilih nombor cantik. Kalau ada dalam sistem ada la. 1 juta nombor ok. Pasti ada yang kita berkenan.

Kalau taknak teruskan dengan unifi, tukar la MNP.. janji dapat nombor lawa dan nombor yang diinginkan.. hehe..

Kekurangan Simkad Unifi mobile

1. Add-on mahal

Bagi aku, add-on simkad ni mahal. Aku lebih prefer pakai data onexox. Season pass RM50 untuk 10GB, tapi simkad #bebas Rm50 dapat 8GB.

add on- Sebab Kenapa Wajib Ambil SimKad #Bebas Unifi 2

Memandangkan aku tak guna sangat data, sebab banyak masa dirumah, aku prefer Unifi je.

2. Untuk pengguna HP LTE sahaja

Tak semua boleh pakai simkad #bebas ni, hanya untuk pengguna yang pakai HP LTE sahaja. Boleh cek HP korang dekat GSM Arena samaada support LTE atau tak.

Macam mana nak register?

1. Download Applikasi Unifi di Handphone anda

2. Kemudian open app Unifi, pilih I want to get a SIM. 

3. Terus isi apa yang diminta.

4. Masa pilih nombor, anda boleh search nombor yang anda inginkan. Kalau bertuah, ada la tu.

5. Boleh dah berjaya, boleh ambil di TM terdekat atau deliver ke rumah. Tapi ada caj delivery RM10.60.

Apa yang korang akan dapat?

Setiap simkad akan dapat.
– 20GB (LTE only) data
– 50MB (3G/LTE) data
– 10 minutes of voice calls (all networks)
– 10 SMS (all networks)
– RM0 credit

Saya punya perancangan?

Saya baru je apply sim ni hari ni. Esok baru nak pergi ambil di TM. Kita tengok dulu macam mana dia berfungsi. Kalau best dan seronok, saya akan teruskan.

Kalau tak best, say bye bye la. Janji dapat dulu 20GB free internet hehe. Kalau taknak terus dengan simkad #bebas ni, tukar la telco. Sayang, nombor cantik kan?

Atau just buang haha. Well, wait and see. Seperti saya kata, data saya tak guna sangat. Mungkin 20GB bertahan 3 4 bulan untuk saya. Jadi, untuk sekarang, perancangan saya, nak terminate Digi Broadband saya.

Jika simkad #bebas ni ok, plan Umbile U28 pon saya akan terminate, dan transfer ke TM line, sebelum trransfer ke Onexox pula kalau tak ok. Kejam tak? hahaha…

Semua boleh buat.

Sebab tu saya kata, wajib ambil simkad Unifi mobile ni. You will lose nothing. okey?

…….

Dah ambil dah simkad di TM, ok ke?

Update 30.01.2018 – 7.30 pm : Kawasan rumah saya dekat Seberang Takir, Kuala Terengganu ni, sekejap H+, sekejap 3G. 4G dekat tengah bandar Kuala Terengganu je.

Tapi tak apa. Nanti saya akan try streaming, laju tak. Kadang walau 3G, streaming laju. Nanti kita cuba.

37 thoughts on “6 Sebab Kenapa Wajib Ambil SimKad Unifi Mobile. Wajib okey?

  1. Ejam Othman says:

    Betul tu, rugi kalau tak ambil simkad percuma dengan data 20gb percuma tu.
    Kita sebagai pengguna menjadi aset untuk pihak unifi kaji dan perbaiki mana yang perlu juga sebenarnya jadi kalau jumlah nombor aktif semakin kurang selepas beberapa bulan ini bermakna pihak unifi kena buat sesuatu.

    Beri sedikit tekanan kepada mereka agar mengkaji semula pakej add on yang ditawarkan itu.
    Ejam Othman recently posted..Unifi Mobile Masih Webe Yang Dulu.My Profile

  2. Ruby says:

    Wahhh unified pun ada kad Sim. Nampak macam best je. Untung siapa ada akaun unifi bleh tambah kad Sim pula. Nanti nak tengok no telefon cun cun. Hehe

    • Miss Norfa says:

      sekadar rembat sahaja… abis data, buang la.. skrg mmg mahal .. tpi kalau dia revise harga add on mgkn ada org akan stay

  3. Mek Onie says:

    norfa! Wowwww menarik jugak kat simkad Unifi ni. Cuma onie ni agak gerun dan sangat cerewet part pemilihan simkad atau apa-apa plan terutama yang ada kaitan dengan internet ini. Rumah onie puncak alam ni kebanyakan line sangat hauk dan hampeh. Tapi bila norfa kongsi berkenaan unifi simkad ni rasa tertarik lak. Cuma part add-on dia justtttt wowww! Mahal jugok eh…huuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge